Wednesday, 20 June 2012

Pratonton Filem Mael Lambung


Semalam sempat Crew CiterPanaz menonton filem Mael Lambong di Sunway Pyramid lakonan hebat Zizan Razak, Taiyuddin Bakar, Juliana Evans dan Shenthy Feliziana di mana pengarahnya adalah Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Mael Lambong ni kalau korang belum tahu merupakan filem yang dihasilkan berdasarkan watak dalam sebuah program realiti dan hak eksklusif Zizan Razak. Woaaa kiranya filem ni kerjasama antara Zizan dan Ahmad Idham. Terbaiklah!





Sinopsis Mael Lambong;
Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.
Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri.
Di kampung, Mael kembali bertemu dengan Rozie (Shenthy Feliziana), bekas kekasihnya yang kini telah bergelar tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.
Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang berlaku seterusnya? Sama sama kita nantikan di pawagam.

Mael Lambung Official Trailer





0 comments:

Post a Comment